10 gangguan syaitan semasa sholat MEMANG TIDAK DAPAT DIPERTIKAIKAN BAHAWA MEMANG AGAK SUKAR UNTUK MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT~ MELAINKAN MEREKA YANG BENAR-BENAR MENGHAYATI SOLAT MEREKA SERTA AYAT-AYAT AL-QURAN YANG DIBACAKAN~ DAN MEREKA YANG TIDAK TERPENGARUH DENGAN PEMIKIRAN MEREKA DAN HAL-HAL DUNIA MEREKA~ 1. WAS-WAS SEMASA MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM Saat mulai membaca takbiratul ihram �Allahu Akbar� , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk. Ibnul Qayyim berkata, �Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat�. 2. TIDAK KHUSYUK SEMASA MEMBACA BACAAN DALAM SOLAT Sahabat Rasulullah SAW Iaitu �Uthman bin Abil �Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,�Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan m...